Assalamualaikum, pada hari ini selesai sudah proses memuat-naik filem pendek Pulang Dulu Y'All ke dalam laman vimeo. Sebenarnya kerja-kerja menyunting video ini telah bermula sejak 2-3 minggu lalu, dan bukannya pengarah dan tenaga kerja filem tidak mahu menyediakan format filem dalam HD (high-def), memandangkan kekangan perkakas, maka filem ini dimuatkan ke dalam vimeo dengan menggunakan format paling ringkas yang mana sasarannya adalah untuk membolehkan penonton untuk mengalirkan (streaming) filem tersebut dengan mudah dan pantas. Alhamdulillah, proses penyuntingan video ini melibatkan perisian sumber terbuka sahaja. Proses memotong, mencantum klip-klip mentah dalam format .mts, yang kemudian ditukarkan berkali-kali ke format yang telah di-compress-kan .mpg, .avi .mkv dengan menggunakan OpenShot Video Editor (proses conversion ini menyebabkan degrade ke atas kualiti fail mentah .mts - tapi apakan daya, nak buat sunting terus ke atas fail .mts < perkakas tidak membenarkan < low-spec low ram agak sedih di sini) , proses penghasilan sarikata (sarikata bahasa rojak, maaf pada pencinta bahasa) dengan Gnoma Subtitles dan proses hardsub dengan Avidemux. Penghasilan thumbnail dengan menggunakan Media Classic Player. Fail asal .avi bersaiz besar 1.3Gbytes, fail .mpeg YouTube dalam 700-850Mbytes, fail video yang dimuat-naik ke vimeo adalah 124Mbytes sahaja, untuk mempercepatkan proses pemuatan filem tersebut ke dalam laman vimeo. Filem pendek ini tidak dapat dimuatkan secara terus ke Facebook kerana tempoh masa filem ini adalah melebihi polisi min yang ditetapkan iaitu video mesti tidak melebihi 20 min (durasi filem ini adalah 33 minit), dan pengarah tidak mahu memecahkan kepada bahagian-bahagian kecil. Walaupun kualiti video yang rendah ini dapat diperhatikan, namun alhamdulillah isi kandungan cerita dapat disaksikan dan ditonton. InshaAllah jika diberi kesempatan dan diberikan keberkatan dariNya, akan diwujudkan pula filem pendek lain dan inshaAllah fokus kepada kualiti video akan ditekankan. Selamat Menonton !


Pulang Dulu Y'All (Low Quality) from Fiz Amzari Omar on Vimeo.

Semoga terhibur ! and Enjoy Y'All :)