Salam, baru-baru ini, menghadiri sebuah perjumpaan, di mana perjumpaan tersebut membicarakan mengenai isu ekonomi negara dan cadangan berjimat cermat. Di dalam banyak isu yang dibincangkan, ada satu isu yang menarik perhatian saya, iaitu mengenai 'buku tutorial'. Buku tutorial adalah sebuah buku akademik yang mempunyai soalan-soalan berkaitan dengan subjek/mata pelajaran seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Buku tutorial ini diberikan secara percuma kepada pelajar, supaya ianya nanti akan di bawa ke kelas perbincangan. Untuk menghasilkan buku tutorial tersebut, sudah semestinya memerlukan sejumlah peruntukkan wang. Oleh kerana sekarang ini, era ekonomi meleset, perbelanjaan untuk perkara tersebut telah dibincangkan. Ramai yang berpendapat, bahawa pelajar, kali ini perlu membeli buku tutorial tersebut. Ada pula yang mencadangkan, soalan tutorial disalin sahaja - photocopy. Saya berdiam diri dan menunggu untuk mendengar pendapat yang lain. Namun hampa! Tidak ada lagi cadangan lain, malah individu yang sepatutnya dapat membantu perkara ini hanya berdiam diri, dan tidak ambil pusing mengenai perkara yang difikirkan remeh ini.
Pada pandangan saya, tidakkah mereka terfikir akan kemudahan internet? Atau, mengertikah mereka akan kuasa internet? Komuniti yang amat mementingkan pelan strategiknya, untuk menyediakan kemudahan infrastruktur ICT hebat kepada pelajar .. seakan terlupa pelan strategik tersebut ? .. Lalu balik kepada kaedah tradisi, yang masih menggunakan sebuah 'buku' sebagai alat pembelajaran. Ada yang tidak kena di sini.
0 Comments
Post a Comment