Salam kepada pembaca dan pengunjung. Pos kali ini akan membincangkan mengenai perisian berasaskan web yang boleh digunakan untuk merakamkan aktiviti yang berlaku pada skrin komputer. Selain dari perisian berbayar seperti CAMTASIA STUDIO, perisian percuma (dengan fungsi yang dihadkan) Jing dan banyak lagi perisian yang seumpamanya, screencastle.com adalah yang terbaru. Ia sungguh mudah untuk dipelajari. Maklumat mengenai perkara ini diperolehi apabila membaca Goog-Reader dalam artikel yang ditulis oleh Jane. Tanpa berlengah, aplikasi ingin terus dicuba. Dengan menaip URL yang diberikan, saya terus ke laman web screencastle tersebut. Ianya amat mudah untuk diikuti. Lihat skrin di bawah. Ia adalah UI untuk laman web tersebut (UI - user interface )
Apabila butang 'besar' berwarna merah di-klik, browser Firefox 3.1 Beta 3 menunjukkan ada masalah, iaitu, ketiadaan plug-in untuk Java. Seperti biasa saya menyelesaikan masalah ini melalui Add/Remove program (untuk makluman OS yang digunakan adalah Ubuntu Linux 8.10). Taip Java pada medan carian, tick-kan pada Java Browser Plugin, dan segalanya selesai. Kembali refresh Firefox dan mencubanya. Lihatlah hasilnya di bawah, alhamdulillah, ianya berguna untuk sesi Pendidikan Google saya yang akan datang.

2 Comments
Perisian ini jenis berbayar atau percuma?
ReplyDeleteperisian ini tidak perlu di download, dan ia adalah percuma,
ReplyDeletePost a Comment