Embedded, pergi saja ke YouTube, Scribd.com, slideshare.net, dan banyak lagi site-site yang wujud bak cendawan (bersastera sikit) ,anda pasti terjumpa dengan perkataan embed ini, mungkin ianya ditulis sebegini, embeddes script atau dibuat sebagai butang yang memerlukan pengguna klik padanya sebelum skrip tersebut muncul (untuk disalin dan ditampal pada skrip HTML sedia ada).
Embed menurut Kamus Longman, bermaksud 'menanam'. Apa yang saya faham adalah, dalam dunia pengkomputan internet, sebahagian skrip (khususnya Javascript) yang boleh disalin dan diletakkan di dalam area body sebuah HTML. Tujuannya adalah untuk memboleh objek yang terdapat di dalam skrip embed dimuatkan - ditanam ke dalam laman. Apabila laman dilayari melalui web browser masing-masing, (web-browser adalah perisian yang digunakan untuk membolehkan pengguna dapat melihat laman web, contohnya Internet Exporer, Mozilla Firefox, Opera dan Safari). Baik, enough for theory and concepts. Mari kita lihat contohnya,
Contoh paling mudah, adalah "Bagaimana memuatkan video dari YouTube ke dalam Blog ?". Patuhi langkah-langkah berikut :-
- login ke dalam akaun blog anda terlebih dahulu, anda boleh memilih Create a New Post, dan CTRL+T untuk New Tab (saya anggap anda menggunakan Mozilla Firefox, yang lain-lain, hmm tidak digalakkan)
- Klik pada New Tab, kemudian taipkan URL YouTube > www.youtube.com
- Kemudian, taip sebarang keyword untuk memulakan carian video berkaitan, sebagai contoh : Google Docs dan tekan butang Search.
- Klik pada mana-mana hasil video yang dipaparkan, dan lihat pada bahagian kanan sekali, carilah Embed. Klik sekali di dalam ruangan yang disediakan. Dengan berbuat demikian, anda telah memilih keseluruhan skrip. Right-click dan pilih Copy (tujuannya adalah untuk menyalin skrip tersebut, perlu diingat apabila disalin, tidak ada apa-apa yang berlaku, ianya hanyalah proses memuatkan apa yang disalin ke dalam memori komputer)
- Sekarang klik pada tab blog anda (new post tadi), klik pada Edit HTML dan, paste-kan skrip tadi (klik dulu supaya anda nampak blinking cursor dan tekan pada papan kekunci, CTRL+V )
- Klik semula Compose, selesai.
Tips untuk Embed, mengikut kesesuaian
Apabila telah mempelajari sesuatu perkara, adalah amat baik untuk dipraktikkan, namun terdapat juga laman web yang sarat dengan objek yang diembed. Ini tidaklah begitu digalakkan kerana, laman web yang sarat dengan objek embed akan mengurangkan daya tarikan ke atas pengguna. Sebaiknya, embed-lah objek mengikut kesesuaian kandungan. Setiap artikel atau tulisan-tulisan anda,boleh dikukuhkan dengan dokumen yang diembed, video, audio grafik, namun haruslah menjaga susun atur dan rekaletaknya sekali agar tidak menjadikan laman web berserabut.
0 Comments
Post a Comment