Salam, sudah agak lama tidak menulis di sini. Maklumlah, semakin hari semakin mencabar. Tambahan pula bertugas ditempat baru, dengan suasana yang baru, serta persekitaran skop kerja yang baru. Buat sementara waktu ini, saya tidak mengajar pelajar-pelajar di tempat baru ini, namun ia tidak dapat menghalang saya dari terus 'bercerita' mengenai ilmu-ilmu baru yang baik untuk dimanfaatkan secara berjemaah, dengan rakan-rakan di dalam organisasi.
Alhamdulillah, segala puji pada Allah, organisasi KMTK, Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah lebih bersifat terbuka dan lebih telus di dalam menerima teknologi 2.0 yang selalu diwar-warkan oleh saya. Dan apa yang lebih membuatkan saya teruja, adalah komitmen yang ditunjukkan oleh pengarah, Tuan Haji Hashim Mohamad (Timb. Pengarah di Matrikulasi Perak) sendiri di dalam mengguna pakai teknologi rangkaian sosial paling popular buat masa kini, iaitu Facebook, menjadi pemangkin di dalam pembudayaan peningkatan kaedah komunikasi era 21.
Walaupun saban hari, saya menerima berita yang mengatakan Facebook inilah, Facebook itulah, Facebook menggagalkan pelajar-pelajar (fakta kajian di Amerika Syarikat) , Facebook digunakan untuk menggatal (sumber berita di Indonesia), Facebook diharamkan di China, dan pelbagai lagi berita-berita negatif mengenai aplikasi, ini dicanang sehingga ke seluruh pelusuk bumi, namun saya positif dalam mengatakan, apa salahnya teknologi ini digunakan untuk kebaikan dan kita menjadi 'khalifah' yang memimpin penggunaan teknologi ini dengan mengangkatnya ke arah kebaikan, ke arah keredhaan penggalian ilmu.
Apabila mendaftar (sudah tentu secara percuma) di laman sesawang facebook, UI (user interfaces) atau antaramuka penggunanya boleh dikatakan, agak kompleks. Bagi pengguna aplikasi internet yang telah biasa berada di depan komputer 24 jam sehari, sudah tentu mengambil masa yang sekejap sahaja untuk memahaminya. Namun bagi mereka yang boleh digelarkan sebagai "Noob" - pengguna baru (sama ada secara tidak sengaja membuka akaun Facebook :-) , atau diarahkan supaya berbuat demikian oleh orang lain, walaupun mungkin di dalam hati, kalau boleh, "alaa .. tak payahlaa" ..) pastinya agak sukar memahami UI Facebook. Justeru di sini, insyaAllah, sama-sama teruskan bacaan sehingga ke penamatnya, moga akan beroleh sesuatu nanti dan dikongsikan dengan rakan-rakan lain.
Gambar di atas menunjukkan skrin akses/login untuk Facebook.Apa yang diperlukan untuk memasuki akaun Facebook adalah alamat emel dan katalaluan. Itu sahaja. Jika belum memiliki kedua-dua keperluan tersebut, ciptalah akaun emel dan kemudian datang semula ke skrin akses ini. Setelah anda mempunyai akaun Facebook (saya andaikan anda telah mengisi butiran yang diperlukan) dan klik pada butang login, anda dibawa ke paparan berikutnya (lihat 2 gambar di bawah)
0 Comments
Post a Comment