Assalamualaikum, topik kali ini "Kisah Aku dan OpenOffice.org". Hu hu hu (daku gelak dulu). Tak lama lagi .. ha ha ha .. akan lenyaplah perisian Microsoft Office dari dalam PC-PC di organisasi ku, hmm izinkan daku menyebut kata hikmat sebentar .. hmmph yeah !! Akhirnya, mereka-mereka akan bertukar jua untuk menggunakan perisian percuma OpenOffice.org. Namun, masih ada jua di antara mereka ..  "Warghh aku tak nakkk !!!"  Aku pun ..huh "Hmm haha .. bukan aku yang suroh, ko kene gi bace tuh surat arahan tuh ! . Namun mereka-mereka, akhirnya menerima dengan penuh ketidak-ikhlasan (lari dengan keadaan merajuk habis-habisan) . Meh aku tunjukkan apelah susah sangat nak bertukar dari yang berbayar kepada yang percuma ? Apekah masalahnye daku pun tidak mengetahuinya secara khusus, walaubagaimanapun, daku memahaminya (kerana naluri keibubapaan yang tinggi).

Antaramuka Microsoft Office PowerPoint 2010
hmm, tengok je la skrin kat atas neh, skrin UI .. eh aa ape ..ape kebende UI .. tuu la .. suroh blajo English ko ngelat, tak suke la ape la .. bahse penjajah la .. mende la .. cube anggap bende tuh ILMU, bukak balik bab 1 Kewajipan Menuntut Ilmu (tak kire aa bahase ke ape) oops lebey plak daku neh sori aa UI itu user interface atau 'antaramuka pengguna'.. . Ok dah suroh tengok skrin kat atas tuh kan (jangan plak usha awek tuh pulak .. bengap btol).

Ok, di bawah ni pulak UI untuk OpenOffice.org Impress (semacam MS PowerPoint jugaklaa). Oo sebelum itu, nak bagitau jugak, tak lama lagi, nama OpenOffice.org akan bertukar kepada LibreOffice. Ala jangan aa terperanjat, benda same, name je tukar .. ape nak kecoh ..


Jadi, nampak perbezaan ke tak ? Ade beze ke ? Ade ? Kalau ade pun sikit je kot. Same je fungsi bar alat aka toolbar dan bar menu aka menu bar nye tuh. Same je. Nak Insert slide ke, effect ke alahai same je proses dia tuh. Bila nak simpan fail yang dibuat dalam OpenOffice.org/LibreOffice.org, pilihla Save as dan carilah extension .ppt (tu kalu nak bukak pakai MS Office balik la kan). Extension untuk fail yang dibuat dengan OpenOffice.org neh, secara asalnya adalah .ods (untuk Impress), .odt (untuk Writer) dan .ods (untuk Calc). Tu je .ler macam tu pun nak pening .. macam baru setahun jagung pakai PC.

Baiklah, sekarang cerita fasal isu-isu pakai OpenOffice/LibreOffice pulak. Antara isu-isunya (saje ringkaskan dalam beberape je) adalah :-

  1. saya MALAS la nak tukar-tukar format, nota-nota saya banyak dalam MS Office !
  2. lembab aa OpenOffice neh !
  3. aa laa macam mana nak guna Equation Editor neh ? aa ape Formula ? macam mane nak gune ?
  4. aku da Save dah .. tapi apsal bawak balik,  bukak dalam PC aku, tak bleyh plak .. ee tension neh !!
Jawapan ke atas isu  
  1. MALAS = ko berenti kije la .. da malas sangat.
  2. lembab ? =  ko lagi lembab dari OpenOffice, lembab nak belajar 
  3. macam mane nak gune Formula, agak2 ko la kan .. berape company ko bayor gi kursus gune Equation Editor , eh ko tak penah gi kursus ke .. eh ko tao plak gune Equation Editor ye, camne plak tuh .. 
  4. oo ko dah Save ke, ko nak bukak dalam PC di rumah mak mertue ko tuh pakai MS Office ke ? .. ko kene Save as la sebelum aku selamatkan ko dari dunia neh !  
Ha ha .. sebenarnya banyak lagi jawapan-jawapan yang boleh diberikan, tapi iyelah .. bukan bermaksud untuk menembak sesapepun, tapi ini hakikat, diri sendiri ada jawapan. U don't want to use OpenOffice/LibreOffice is ok, bottom line is u've been asked to switch , so better shut your mouth, open your mind to learn something new