Assalamualaikum, topik kali ini juga tidak berkaitan dengan mana-mana aplikasi Internet yang baru, atau apa-apa perisian komputer yang baru. Topik kali ini akan membincangkan mengenai projek yang diberikan kepada sekumpulan pelajar di tempat penulis bertugas. Projek yang dinamakan projek 'Penebat Air Hujan' ini adalah projek yang cuba menyelesaikan masalah berkenaan bilik (yang didiami sekumpulan pelajar berkenaan, iaitu (nama panggilan), Yana, Sha, T-Rex, Leha Banderz dan Nabilah, yang mana, apabila berlaku sahaja hujan (lebat), bilik tersebut akan dilimpahi tempias air hujan dan mengakibatkan banjir. Keadaan ini dapat dilihat sendiri melalui video (yang dirakam menggunakan telefon bimbit salah seorang pelajar berkenaan) laporan isu banjir di dalam bilik pelajar, yang dimuat naik dan dikongsi di dalam laman sosial Facebook. Penulis telah meneliti laporan video tersebut, dan terdetik di fikiran untuk memanggil pelajar-pelajar berkenaan bagi memberikan panduan penyelesaian ke atas masalah tersebut. Jadi video laporan itulah menjadi titik mula kepada projek ini.
Apabila pelajar-pelajar berkenaan dipanggil, penulis bertanyakan mengenai beberapa perkara di bawah :-
- Sudahkah isu tersebut dilaporkan ?
- Bolehkah masalah tersebut diselesaikan SENDIRI oleh pelajar-pelajar berkenaan ?
Jawapan yang diberikan untuk soalan 1, adalah, mereka memaklumkan isu ini telah lama berlaku. Namun masih belum ada tindakan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab. Melalui pemantauan yang dilakukan oleh penulis juga, bukan bilik pelajar berkenaan sahaja yang mengalami masalah banjir ini, masih ada lagi beberapa bilik-bilik lain yang turut mengalami nasib yang sama. Jumlah tepat jumlah bilik yang mempunyai masalah ini tidak dapat diberikan (ini memerlukan penulis merujuk kepada pegawai-pegawai tertentu bagi mendapatkan maklumat ini - yang datanya mungkin direkodkan atau mungkin tidak direkodkan ! ). Penulis juga telah bertemu dengan beberapa kakitangan asrama, yang menyatakan masalah ini telahpun dipanjangkan sekian lama. iaitu projek memasang awning. Awning adalah atap yang diletakkan pada bahagian tingkap di sebelah luar, untuk mengalirkan air hujan jauh dari sisi tingkap. Jika awning ini dipasang, ia akan menyelesaikan isu bilik banjir. Namun yang dikesalkan, projek ini masih menunggu peruntukan, dan sebenarnya isu ini bukan baru, tetapi telah lama berlaku.
Untuk soalan 2, pelajar-pelajar berkenaan pada mulanya, berasa ragu, keliru dan berbelah bagi. Mereka akhirnya menyatakan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana terdapat banyak kekangan. Kekangan-kekangan yang dimaksudkan adalah faktor ekonomi, faktor boleh atau tidak ? (kami, pelajar, menyelesaikan masalah itu sendiri), bagaimana pula dengan pentadbiran, adakah pentadbiran membenarkan kami menyelesaikan dengan cara kami sendiri, tidakkah nanti melanggar peraturan dan sebagainya. Itulah kerungsingan persoalan yang berlaku ke atas pelajar-pelajar tersebut. Ragu-ragu dan tidak dapat memberi kata putus yang pasti.
Seterusnya penulis, memberikan penjelasan. Jika isu ini ditanyakan pada kanak-kanak kecil (yang cerdas dan tajam akalnya), mungkin perbualan tersebut berbunyi begini:-
A: Adik, abang ade masalah, di bilik abang, kalau hujan je mesti banjir, air masuk melalui tingkap. Macam mane ye, kalau abang nak selesaikan masalah ni ?
B: Ala ape susahnye abang, tutup je la tingkap tu !
A: Adik, walaupun da tutup rapat tingkap tu, air hujan masih masuk !
B: kalau macam tu, abang tutup terus tingkap tu !
Daripada perbualan di atas, penyelesaian ke atas isu ini dapat dilihat melalui kata kunci 'tutup'. Kanak-kanak (yang cerdas dan tajam akalnya) tidak berfikir panjang dan terus memberikan jalan penyelesaian dalam bentuk umum. Apa yang boleh dieksploit di sini adalah kata kunci 'tutup'. Jadi untuk menyelesaikan isu banjir di bilik, penulis mencadangkan kepada pelajar-pelajar berkenaan untuk merangka projek yang dapat 'menutup' air hujan dari melimpahi bilik. Penulis mencadangkan agar pelajar-pelajar tersebut, merangka sekurang-kurangnya 2-3 projek, dari yang paling efektif (belanja besar) kepada paling praktikal (ekonomi). Dengan memberikan projek ini, sekurang-kurangnya penulis mengajak pelajar untuk berfikir (kritis kreatif) untuk menyelesaikan masalah, tanpa perlu menunggu orang lain (projek awning) bagi melakukan penyelesaian isu kepada mereka.
Sampai pada waktu yang ditetapkan, pelajar-pelajar tersebut berjumpa semula dengan penulis dan membentangkan kertas kerja projek yang telah disiapkan. Ada 2 kertas kerja beserta lakaran draf, 1 darinya mengkemukakan penyelesaian menggunakan sliding windows. Projek ini memerlukan rail, kerangka tingkap yang baru dan dipasang di bilik tersebut. Ini adalah contoh projek yang paling efektif tapi memerlukan belanja besar. Kertas cadangan 2 lebih mudah dan ringkas, menggunakan bahan seperti plastik dan kayu sahaja. Direkabentuk mengikut ukuran panjang x lebar, dan dipasang untuk menutupi tingkap secara keseluruhan, dan pada bahagian bawah dipotong sedikit (mengikut pembahagi tingkap) untuk dijulurkan ke luar. Rujuk lakaran yang dilakukan oleh pelajar di bawah :-
Melalui perbincangan dengan pelajar-pelajar, mereka bersetuju untuk memilih cadangan kedua sebagai projek yang akan dijalankan. Penulis memaklumkan kepada pelajar untuk mengukur dan menyediakan senarai bahan yang dikehendaki dan memberikan kepada penulis untuk dimajukan kepada pihak pembekal Pak Long (nama panggilan). Proses tersebut berlaku dengan pantas, kerana pelajar-pelajar tersebut telah menyatakan kesungguhan untuk memberi komitmen terhadap projek ini. Pihak pembekal dapat menyediakan bahan-bahan mengikut rekabentuk draf yang disediakan.
Pada 07 April 2011, projek ini dipasang ke dalam bilik pelajar berkenaan melalui bantuan pegawai-pegawai bertugas. Terima kasih diucapkan kepada kak Wan, cik Kemal, cik Ani (nama panggilan) dan pelajar-pelajar berkenaan yang turut sama menyaksikan proses pemasangan dan uji-lari projek ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa pengubahsuaian yang perlu dilakukan ke atas projek yang telah dipasang. Ini termasuklah, beberapa bahagian plastik yang perlu dipotong (bahagian atas dan bawah). Bahagian bawah yang dipotong perlu diletakkan masking-tape untuk menjaga plastik tersebut daripada rosak. Pemberat kayu pada bahagian bawah juga perlu dipotong kepada bahagian lebih kecil. Lubang untuk diletakkan tali perlu ditambah bagi memudahkan penggulungan plastik ke atas apabila hujan telah berhenti (idle-mode).
Rail Langsir |
Lubang dibuat pada plastik untuk Rail-Holder |
Penebat Air Hujan - Siap dipasang ! |
Satu dipasang dengan projek & satu lagi dibiarkan untuk tujuan uji-lari |
Kesimpulannya, dengan mengajak pelajar-pelajar melakukan projek ini (projek ini masih belum diuji, ia hanya boleh diuji apabila berlakunya hujan lebat), pelajar-pelajar berpeluang menggunakan kreativiti di dalam menghasilkan sesuatu projek. Walaupun keberkesanan projek ini masih boleh diragui, namun selangkah di dalam menjayakan sesuatu projek, jika gagal, akan membuka ruang penambahbaikan Jika dilakukan secara konsisten, ia akan mewujudkan generasi yang bersedia untuk berubah ke arah memantapkan diri bagi menyelesaikan sebarang masalah.
Jika berhadapan dengan masalah, haruslah kita sentiasa beringat, ini adalah peluang ! untuk kita mencerna pemikiran kritis kreatif, menyelesaikan masalah (melalui pengalaman dan pengamalan) dengan menolak kebergantungan kepada orang lain atau makhluk lain. Sertailah dengan doa dan mohon petunjuk dan hidayah dariNya, inshaAllah.
8 Comments
pihak pengurusan sepatutnyer lebih peka dan bertanggungjawab akan hal ehwal pelajar...janganlah hanya mengharapkan para pelajar menyelesaikan masalah sendiri....jalankanlah tanggungjawab anda...ingatlah di akhirat kelak anda akan ditanya perihal tanggungjawab yang sepatutnyer anda laksanakan....
ReplyDeletesy cadang tukar tingkap sliding dkt tempt2 trlibat.. klo ada masalh peruntukan.. x dpt a wat apa2 a.. kena a bertahan dgn penebat hujan(panas kot bilik-angin x lalu) sbb tindakan lain mungkin makin rumitkn & x bertahan lama(rasanya ar).. terima kasih..
ReplyDeletesliding windows < adalah cdgn yg baik, tp mmg masalah dgn kos, penebat air hujan di atas sebenarnya jika berada dlm keadaan tidak hujan, ianya boleh digulung ke atas, maka, bilik tidak akan panas, kerana tingkap masih boleh dibuka ! ini adalah penyelesaian terbaik buat masa ini !
ReplyDeleteBole tunjukkan detail cara pemasangan ..gbar x jelas sgt
ReplyDeleteSalam, sebenarnya pemasanganya sgt mudah, canvas tersebut dipasang pada paip PVC (putih) yang panjang (sama panjang dgn rail langsir), selesai saja canvas di letak paip PVC, ia disangkutkan (diletak , rest) sahaja tanpa bantuan paku di atas rail langsir.
DeleteProjek ini dah lama, sekarang - pihak pengurusan dah tukar sepenuhnya keadaan di dalam bilik tersebut.
Saya ingin mengaplikasikannya di blik saya
DeleteSaya ingin mengaplikasikannya di blik saya
Deletesilakan Noor Fariny, mudah-mudahan projek tersebut berjaya dilaksanakan.
DeletePost a Comment