Salam, kelmarin, kami menerima kunjungan seorang profesor dari Universiti Melbourne, Australia. Beliau adalah dekan Fakulti Pendidikan di sana. Nama beliau adalah Prof Joseph Lo Bianco. Kehadirannya adalah untuk melawat sambil memerhatikan bagaimanakah tenaga pengajar di sini, menggunakan Bahasa Inggeris di dalam penyampaian ilmu? , kemudian beliau dijelaskan juga mengenai usaha-usaha yang telah dijalankan di dalam mencapai objektif PPSMI-Malaysia, mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris.

Menariknya, beliau telah mengkemukakan beberapa usul yang perlu diambil kira oleh tenaga pengajar jika hendak mengajar di dalam bahasa Inggeris. Di samping kekuatan pedagogical content, tenaga pengajar perlu mahir dalam aspek pengkonseptualan domain pembelajaran. Ini yang perlu dikonstruk terlebih dahulu ke atas skema kognitif pelajar.Sebenarnya ini adalah asas pendidikan bagi guru, pensyarah dan tenaga pengajar. Namun kadang kala ia dipandang ringan, yang menyebabkan tidak berlakunya sebarang sesi muhasabah diri, komuniti, bagi membentuk idea-idea yang direncanakan khusus untuk pembangunan kaedah penyampaian pendidikan. Di bawah ini disediakan beberapa capaian untuk maksud tersebut :-
  1. Learning Domain
  2. Bloom's Taxanomy
  3. Bloom's Taxanomy2
Semasa sama-sama berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar tempatan, ada beberapa isu yang dibangkitkan seperti kekeliruan oleh pelajar bagi mengetahui maksud dan sebutan yang betul di dalam istilah bahasa Inggeris, pelajar seringkali cuba melakukan penterjemahan secara terus (dengan merujuk kepada kamus) dengan menyamakan apa yang difahaminya dengan apa saja yang didengar.

Pada pandangan peribadi, seharusnya, bagi memperkayakan ilmu, tatabahasa, kefahaman bagi bahasa asing (Inggeris khususnya) seseorang perlulah :-
  • rajin membaca sumber bacaan/internet berbahasa Inggeris.
  • terlibat di dalam seminar/forum/ceramah (di bawah kelolaan penganjur luar) yang rata-ratanya menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi (dengan tidak menidakkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi)
  • melatih diri/bina keyakinan diri dengan public speaking, content sharing, story-telling, newscaster
  • melihat video di dalam bahasa Inggeris (video ilmiah, dokumentari, inventor, dan lain-lain yang membantu/berkaitan dengan bidang) .. dan
  • mempraktikkan dengan berkomunikasi dengan rakan sekerja, anak-anak dan keluarga, di pejabat, di rumah.