07 April 2009

Merakam Skrin Anda






Salam kepada pembaca dan pengunjung. Pos kali ini akan membincangkan mengenai perisian berasaskan web yang boleh digunakan untuk merakamkan aktiviti yang berlaku pada skrin komputer. Selain dari perisian berbayar seperti CAMTASIA STUDIO, perisian percuma (dengan fungsi yang dihadkan) Jing dan banyak lagi perisian yang seumpamanya, screencastle.com adalah yang terbaru. Ia sungguh mudah untuk dipelajari. Maklumat mengenai perkara ini diperolehi apabila membaca Goog-Reader dalam artikel yang ditulis oleh Jane. Tanpa berlengah, aplikasi ingin terus dicuba. Dengan menaip URL yang diberikan, saya terus ke laman web screencastle tersebut. Ianya amat mudah untuk diikuti. Lihat skrin di bawah. Ia adalah UI untuk laman web tersebut (UI - user interface )


Apabila butang 'besar' berwarna merah di-klik, browser Firefox 3.1 Beta 3 menunjukkan ada masalah, iaitu, ketiadaan plug-in untuk Java. Seperti biasa saya menyelesaikan masalah ini melalui Add/Remove program (untuk makluman OS yang digunakan adalah Ubuntu Linux 8.10). Taip Java pada medan carian, tick-kan pada Java Browser Plugin, dan segalanya selesai. Kembali refresh Firefox dan mencubanya. Lihatlah hasilnya di bawah, alhamdulillah, ianya berguna untuk sesi Pendidikan Google saya yang akan datang.




Apa yang menariknya, selesai rakaman dibuat, anda akan disediakan dengan 8 opsyen. Opsyen tersebut terdiri daripada imej yang dipaparkan di atas. Saya memilih opsyen yang ke 2 iaitu, memuatkan hasil rakaman ke dalam skrip HTML-blog ini. Jadi ia di-stream (dicapai dan dimainkan) dari sumber pelayan screencastle.com, dan ini juga menggalakkan perkembangan cloud-computing. Segalanya berlaku di cloud. Jadi apa komen anda ? Perlukah kita mencari perisian berbayar, lalu mencari pula serial number untuk memecahkan kod (supaya boleh terus mengguna perisian tersebut?) . Aplikasi ini akan memudahkan urusan rakaman skrin. Terpulanglah kepada 'kita' untuk memanfaatkannya.

2 comments:

  1. Perisian ini jenis berbayar atau percuma?

    ReplyDelete
  2. perisian ini tidak perlu di download, dan ia adalah percuma,

    ReplyDelete

sumber-LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...