Salam, sudah lama tidak menulis sebarang artikel di sini. Oleh kerana kesibukan menguruskan sesi ambilan pelajar yang baru, di tempat yang baru, maka proses kemaskini blog menjadi tergendala sedikit. Namun insyaAllah, segalanya akan dikongsikan di sini, bermula dengan acara yang telah berlangsung (bulan Apr lalu) sehingga yang terkini dan yang akan datang. Kesemuanya dirangkumkan di dalam sebuah artikel.

Pada 11 April 2009, bertempat di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris, menemani Tn Hj Nazri Mohd Saad, pengarah Pusat ICT UPSI dengan sekumpulan pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat mentadbir bengkel pendedahan aplikasi web sensormath (khusus untuk pelajar sekolah rendah). Di sana, saya hadir hanya untuk melihat proses dan pelaksanaan keseluruhan bengkel tersebut di samping kerja rutin, mengambil beberapa shot (gambar) semasa bengkel dilakukan.

Pada 13 Mei 2009 (one month after) bertempat di Taiping (dah terlupa nama dewan tu) , sekali lagi menyertai pasukan Tn Hj Nazri Mohd Saad dan sdr Eimiza Faisha Azmi, di dalam mendedahkan Web2.0 kepada komuniti pendidikan di daerah Larut, Matang dan Selama. Ceramah disampaikan oleh Tn Hj Nazri sendiri, manakala saya seperti biasa sebagai pembantu dan mengambil shot lagi. Di bawah adalah perenggan yang diambil dari sumber portal "anak Perak UPSI"

Program Anak Perak UPSI 2009, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama, menganjurkan Pertandingan Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan, sempena Bulan ICT Daerah Larut Matang Dan Selama 2009. Pertandingan ini dijalankan bertujuan bagi mempertingkatkan lagi pengetahuan ICT terutamanya dalam teknologi web terbaru, iaitu Web 2.0 dikalangan pelajar-pelajar dan guru-guru. Pertandingan Aplikasi Web 2.0 ini akan menggunakan platform Google for education seperti Google Docs, Picasa, Blogger, dan Twitter & Wikipedia

Pendedahan yang diberikan, menarik minat para guru hadir, terutamanya menjadi pencetus pertanyaan demi pertanyaan, seperti "Bagaimana mahu menggunakan tools abad ke-21" dan "Bagaimana kolaborasi ke atas Google Docs boleh diwujudkan ? ". Apabila tercetusnya pertanyaan, maka ianya akan disoroti dengan penjelasan ke atas persoalan. Ini dijelaskan dengan baik oleh Tn Hj Nazri dan ia menggalakkan pencernaan ilmu dengan berkesan. Melalui pertandingan seumpama ini, ia menjadi titik tolak ke arah pembudayaan generasi pendidik dan pelajar di dalam memanfaatkan web dan internet. Pada ketika blog ini ditulis, terdapat lebih 30 sekolah di daerah Larut, Matang Selama, mendaftar bagi menyertai pertandingan ini. Status terkini dan perkembangan pertandingan bolehlah dirujuk di sini. Saya sempat memerhatikan blog-blog yang giat dihasilkan oleh para guru di daerah tersebut dan juga komunikasi aktif microbloggers pelajar di laman twitter/ (sekolah masing-masing), dan hanya satu perkataan dapat memberikan gambaran yang saya lihat, ianya "HEBAT".

Saya, amat berharap agar tools ini dimanfaatkan sepenuhnya supaya nanti ia memudahkan urusan penyampaian ilmu di dalam abad ke-21 ini, insyaAllah.

Pada 5-7 Mei dan 18-21 Mei 2009 masing-masing adalah menghadiri mesyuarat di UNITEN dan kursus TOT (Training of Trainers) di Quality - ini adalah anjuran organisasi di mana saya berkhidmat. Nothing much to say about the event, and it's all the same. Cuma, pendapat saya mengenai tempoh semakan semula silibus/kurikulum komputer di Malaysia adalah 5 tahun sekali, pada pandangan saya, ianya langsung tidak sesuai memandangkan teknologi komputer amat pesat berubah terutamanya revolusi pantas serta kaedah baru sepanjang masa di dalam memudahkan rutin harian manusia untuk (1) berkomunikasi (2) berkongsi (3) membina komuniti ilmu tanpa sempadan (3) penemuan-penemuan teknologi aplikasi internet terbaru. Namun manakan mentimun dapat melenyek durian !

Next stop, mesyuarat di Putrajaya pada 28 Mei 2009 (not interested to talk about it here) dan 01-02 Jun sekali lagi sebagai pembantu/guest speaker atau fasilitator di dalam menjayakan bengkel TOT untuk komuniti pendidikan di daerah Kinta pula. Terima kasih ditujukan kepada Tn Hj Nazri Mohd Saad dan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang sudi menjemput saya untuk menyertai sesi ilmu tersebut.