Salam, kali ini, tajuk yang akan dibincangkan adalah mengenai PLE atau Personal Learning Environment Siri 1. Saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya menggunakan komputer dan khususnya mengenali dunia pengkomputan internet.
Saya berasal dari keluarga yang sederhana, mengguna, apatah lagi memiliki sebuah komputer, mungkin langsung tidak pernah saya mimpikan sewaktu remaja dan sewaktu melanjutkan pengajian. Ini kerana pada tahun sekitar 1980-1999, saya masih belum memiliki, tapi telah sedikit sebanyak menerima pendedahan melalui rakan ayah (mengajar saya Wordstar dan DOS pada waktu itu) dan rakan-rakan di Politeknik (mengikut ke Cyber Cafe untuk membuat tugasan sambil chat) .Saya selalunya menggunakan mesin taip kepunyaan ayah untuk membuat sebarang laporan dan tugasan. Namun alhamdulillah, apabila bekerja di Intel, pembudayaan penggunaan komputer begitu tinggi, jadi mahu atau tidak, saya mempelajari (informal education) teknik penggunaan emel (untuk berkomunikasi) , penggunaan perisian-perisian selain OfficeSuite, menggunakan duit gaji membeli buku Adobe in a Classroom untuk Photoshop versi 5.5, diikuti dengan Illustrator 8.0, Premiere dan Flash 4.0. Sepanjang tempoh bekerja di Intel, saya telah mempelajari banyak ilmu komputer (yang digunakan untuk kerja juga yang digunakan sebagai bekalan kemahiran masa depan). Itulah sedikit sebanyak mengenai pengalaman saya mendapat pendedahan dan ilmu mengenai komputer.
Persekitaran Pembelajaran Peribadi Blog Ini
PLE adalah personal learning environment. Pertama kali saya mendengarnya di blog Jane. Jane kerap mengemaskini blognya yang sarat dengan ulasan mengenai tools terkini mengenai e-learning. Daripada mana pula saya sampai ke blog Jane tersebut? Sebelum sampai ke situ, saya ada mencari mengenai penggunaan e-learning dalam organisasi (dengan search engine Google) , dan saya telah menemui blog Tony Karrer. Blog yang sentiasa memberikan berita terkini, mengenai seminar, statistik, kajian yang berkaitan dengan e-learning. Di samping itu juga, saya sempat menjawab soalselidik atas talian yang dianjurkan oleh ZDNet Asia, lalu membuka akaun dengan ZDNet Asia, dan juga TechRepublic. Selain itu sumber ilmu teknikal yang berkaitan dengan pengkomputan internet saya dapati di web ReadWriteWeb. Apa yang memacu saya untuk terus mengikuti perkembangan dunia internet adalah disebabkan seminar FOSS.my 2008 yang saya ikuti.
Saya juga ada melanggan majalah seperti blog Book I Read saya (majalah WebDesigner dan Practical Web Design) - terbitan UK , melanggan secara online melalui Allscript.com . Membaca majalah seperti A.PC - terbitan Australia, MaxIT - terbitan Malaysia. Selain pembacaan majalah, saya juga membaca buku-buku komputer yang terdapat di perpustakaan tempat saya bekerja, Kolej Matrikulasi Perak, di perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan di perpustakaan Awam Negeri Kedah.
Kesimpulannya , 2 perenggan di atas merujuk kepada kaedah pemerolehan ilmu di dalam persekitaran pembelajaran. Kemudian bagaimana ilmu ini dapat dipergunakan untuk kepentingan bersama, akan saya kupaskan dalam Siri 2 nanti, insyaAllah.
0 Comments
Post a Comment