Tahukah kita, mengenai istilah Web2.0 ini? Sebenarnya istilah ini telah lama digunakan dan tibalah masanya untuk sama-sama kita mempelajari topik ini (walaupun tiada dalam silibus) . Web 2.0 adalah istilah atau terma yang membawa perubahan ke atas fungsi WWW - World Wide Web. Kalau dulunya web yang kita layari di internet boleh dikelaskan kepada Web1.0, sekarang dengan kewujudan kepelbagaian aplikasi web, kepelbagaian istilah (khususnya dalam era teknologi maklumat). Baca artikel yang ditulis oleh O'Reilly yang bertajuk What Is Web 2.0. Jika anda ingin mendapatkan laporan dari O'Reilly mengenai Web2.0, klik tajuk laporan ini Web2.0 Principles and Best Practises.

Di Malaysia, saya ada mencari maklumat mengenai Web2.0 ini (melalui carian Google), namun keputusannya agak menyedihkan kerana, kesemua blogger, atau masyarakat tempatan tidak banyak membincangkan mengenai perkara ini, mungkin ada di satu dua forum yang tidak saya jangkau. Pengguna, pembina laman web di Malaysia memfokuskan BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN DENGAN INTERNET, seolah-olah itulah yang menjadi matlamat utama.

Sumber di bawah ini pula adalah diperolehi daripada slideshare.net, dan youtube.com

Introducing Web 2.0 concepts
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: john intergen)




Kesimpulannya di sini, teknologi web, internet, dan rangkaian maklumat itu sendiri berubah dengan amat pesat. Dalam abad ke-21 ini, KITA adalah penyedia & pemberi (konsep perkongsian dan kolaborasi) , penjejak, pemantau, pelombong (konsep akses terbuka - dapatan maklumat). Fikirkan, apakah anak-anak di sekolah, atau pelajar-pelajar di matrikulasi, di universiti di politeknik khususnya di negara ini SEDAR akan kewujudan dan transformasi pesat teknologi web ini? dan apakah sumbangan kita ke arah kesedaran itu.