Kita sering melayari internet untuk mencari pelbagai maklumat. Pelajar-pelajar di universiti mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan dan sebagainya, menyemak mel, menggunakan social network services seperti myspace, friendster, melihat video kesukaan di youtube, menaip diari di atas talian atau lebih 'mesra' dengan panggilan blog dan banyak lagi. Tahukah kita, sebenarnya aplikasi web yang disenaraikan di atas itu adalah sebahagian dari aplikasi Web2.0 yang diperihalkan dalam artikel yang lalu. Kali ini, istilah yang seterusnya pula adalah mengenai Education/School 2.0.
Pendidikan 2.0 ? Mengapa perlu ada nombor seolah-olah macam pendidikan berversi (macam perisian pula). Dari mana pula datangnya istilah ini. Cuba cari istilah ini di Dewan Bahasa & Pustaka.
Tiada daftar istilah tersebut di dalam pangkalan data DBP. Berkemungkinan istilah ini adalah istilah baru, yang penggunaannya masih belum meluas di negara ini. Jadi apa sebenarnya maksud istilah tersebut dan apakah ianya sesuatu yang mustahak untuk diketahui umum atau satu lagi istilah ikut 'trend' komputer sahaja di mana ia hanya akan bertahan dalam masa yang singkat sahaja.
Ringkasnya, melalui pembacaan di laman web 'luar', pendidikan 2.0 adalah sistem pendidikan yang menggunakan ICT, lebih tepat, aplikasi WWW di dalam proses penyampaian ilmu. Ilmu disampaikan tidak tertumpu pada pensyarah atau guru, ia seharusnya berpusatkan pelajar di mana akses ilmu adalah melalui internet, melalui youtube, melalui flickr, melalui commoncraft, twitter, friendster, myspace, slideshare, zoho, e-torial, online learning dan banyak lagi. Pensyarah, guru, pendidik perlu menguasai kepelbagaian aplikasi WWW, dan merangka, mengawal mendedahkan dengan bijaksana akan kepentingan celik aplikasi WWW kepada para pelajar , di mana inilah yang akan menentukan masa depan mereka.
Rujuk sumber rujukan berikut yang diperolehi dari pelbagai sumber.
1. Education 2.0 & School 2.0 - penerangan secara terus (direct explanation) dan mengajak KITA berfikir.
2. Embedded Video (youtube streaming) - mengenai One-Child Per Laptop Prog dan Did You Know

School 2.0 -- Drexel
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: education 2.0)
0 Comments
Post a Comment