Salam, pada 8-9 Nov 2008 Saya berkesempatan untuk menyertai persidangan (buat julung kalinya) FOSS.my yang diadakan bertempat di Asian Pasific Instute of IT, di Bukit Jalil. Persidangan ini dianjurkan oleh OSCC Malaysia dan anda boleh layari webnya di sini (mengenai persidangan tersebut) http://foss.my . Apa yang ingin dikongsi di sini adalah mengenai perjalanan sepanjang program tersebut. Saya akan mengulas mengikut aturan isi-isi yang penting bagi saya.

1. How did I know about FOSS.my / Macam mana saya tahu mengenai persidangan ini.
Jawapan mudah saja. Melalui internetlah, di mana lagi boleh dapat maklumat sebegini. Di dalam majalah PC? , suratkhabar ? hmm mungkin tidak. Mungkin juga pihak penganjur untuk FOSS.my 2009 akan mengambil kira mempromosikan persidangan ini ke media cetak dan tidak terhad kepada media elektronik. Saya memperolehi maklumat mengenai FOSS.my adalah dari melayubuntu.blogspot.com yang membawa saya ke ubuntu.com.my dan seterusnya ke web rasmi foss.my tersebut.

2. Pengembaraan ke :: KETERASINGAN APIIT
Selepas membaca sedikit sebanyak maklumat di web rasmi APIIT, saya mula membuat kira-kira mengenai penginapan dan segala-gala yang perlu untuk tempoh 2 hari tersebut. Saya bertolak dari Ipoh 7 Nov 2008, pada jam 5.00 petang, tiba di stesen Puduraya jam 7.00 mlm, check-in di hotel berdekatan, jalan-jalan, makan nasi lemak di sebelah Hotel Ancasa, survey tiket LRT ke Bukit Jalil (RM1.9) dan kembali ke hotel untuk beristirehat. Esok pagi bangun awal (sebab pendaftaran pada pukul 8.00 pagi) mandi, solat dan terus ke stesen LRT dan terus menaiki LRT dan turun di stesen LRT Bukit Jalil. Tiba di tempat yang asing, saya terus ke jalan utama dan mundar-mandir menunggu 'shuttle' APIIT. Lebih kurang jam 7.30 pagi, 'shuttle' tidak langsung kelihatan, akhirnya saya mengambil teksi ke APIIT dengan kadar tambang bermeter RM2.8 sahaja. Tiba di APIIT, saya ingatkan another nice supermarket, rupa-rupanya itulah APIIT. Maaf I've never been there before, dan disitulah dapat dilihat para sukarelawan sedang menampal poster foss.my dan kaunter pendaftaran masih belum dibuka (waktu tu masih awal lagi, belum pun pukul 8.00 pagi) Jadi itulah sedikit sebanyak mengenai perjalanan ke APIIT.

3. Berkenal-kenalan dengan :: KAWAN BARU
Saya sendiri tidaklah peramah sangat, tapi bila dah mula bercakap, secara automatiknya susah nak berhenti. Orang yang mula-mula sekali berbual dengan saya adalah sdr Zul dari Seri kembangan, kemudian sdr Hafidz dari Putrajaya (terima kasih kerana membantu menghantar saya ke stesen LRT selepas habis sesi persidangan hari pertama dan kedua), kemudian dengan 2 orang sahabat sdr Zul iaitu Zamri dan Shah (if I not mistaken), kemudian seorang yang saya kenal, iaitu orang kuat MyMeeting AZA atau Abdullah Zainul Abidin, seorang yang periang, sempoi, and yess AWESOME sebagaimana tema FOSS.my the world is just awesome. Masa 1st tea break, berbual dengan Sean Toh dari Setapak. Masa lapang antara transition track sempat ke booth baju+buku+sticker yang diurus selia oleh ApoGee. Itu kali pertama bersua dengan ApoGee. Sempat juga tempah sticker Ubuntu sebab masa tu dah sold out. Kemudian ke booth Ubuntu + Fedora, malangnya saya tidak dapat mencari pemilik blog melayubuntu.blogspot.com, cuma berkesempatan bertemu dengan 'geng'2 OSCC MAMPU, Haris dan Firdaus. Kemudian nak juga melihat-lihat booth FOSSchix.my tapi malulah, ha ha ha. Itu untuk kaum wanita sahaja, tapi sebenarnya boleh kalau nak melihat-lihat, tapi yelah, nampak agak kurang penyertaan dari kaum wanita di dalam FOSS.my ni. Mungkin selepas ini akan bertambah agaknya.

4. Mereka yang memberi :: INSPIRASI
Kesimpulannya, sepanjang persidangan, saya mengikuti hampir kesemua cakap-cakap di dalam track 1 dan track 2 (cuma saya tidak mengikuti cakap-cakap mengenai Drupal, Fedora Kiosk, Git) walaupun begitu terima kasih kepada saudara AZA di dalam laporannya ada menjelaskan sedikit sebanyak mengenai cakap-cakap yang tidak saya ikuti. Sekurang-kurangnya saya dapat manfaat juga dari laporan yang ditulis oleh sdr AZA. Penceramah di dalam FOSS.my terdiri dari pelbagai bangsa dan negara (itu satu perkara yang amat saya hargai kerana, ingat senang nak dapat penyertaan dari penceramah luar! Sendiri mau ingatlah kan). Toru Maesaka, Pia Waugh, Pamela Fox, Fajar Priyanto, Jerome dan banyak lagi, satu gabungan yang cukup-cukup HEBAT and yes they're AWESOME. Sesi keynote juga dari Ditesh, Jayakumar, Yoon Kit semuanya membuka mata membuka minda mengenai senario FOSS, dan menggalakkan keterlibatan (keterujaan) para newbies yang hadir. Saya bersyukur dapat menyertai FOSS.my ini dan lebih-lebih bersyukur kerana ilmu yang diperolehi ini dapat nanti saya sampaikan kepada anak-anak, murid-murid, rakan-rakan dan kepada sesiapa saja yang inginkan pengetahuan.