"KUALA TERENGGANU: Carrying heavy school bags to school would be a thing of the past for 25,000 Year Five pupils when they receive a laptop computer each from the Terengganu state government next year.
Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said said the pilot scheme, aimed at reducing the burden of school children who carry heavy book loads to school, would cost the state government RM30mil for the purchase of computers from Intel Electronics. The laptops would become the pupils’ electronic text books.
”By April next year, we expect to distribute laptops to 25,000 Year Five pupils who will use them in place of books with text incorporated into their laptops through the cooperation of Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).
”After buying the first batch of computers, we will work with Intel to set up a factory in Gong Badak to produce similar laptop computers for those in Year Four, Three, Two and One. We expect to produce 10,000 units a month,” said Ahmad Tuesday after handing out prizes to winners of the Cleanest Schools in Terengganu competition, at Wisma Darul Iman here.
Also present was state Education, Higher Education, Human Resource, Science and Technology committee chairman Ahmad Razif Abdul Rahman.
He added that by three to four years, all primary school children in Terengganu would be equipped with laptops to eliminate the burden of carrying heavy school bags.
To cater for the transformation in the mode of teaching which will be the first of its kind in the country, Ahmad said the state government would enroll more than 100 graduates in the field of information technology to train school children and teachers on ways to use the laptops that would become electronic books. - Bernama "
Setelah membaca berita ini, saya ada juga membaca respons di sini . Pada mulanya, saya menyambut baik usaha ini, namun apabila difikir-fikirkan semula, ialah, saya kembali meragui keberkesanan program ini nanti. Mengapa saya berfikiran begitu, mengapa kita tidak optimis di dalam menyambut baik cadangan ini. Bagi saya, berkemungkinan, program ini ada pelan perancangannya yang baik, ada individu-individu yang benar-benar ingin mencapai objektif program tersebut, namun setiap perancangan baik tersebut, perlu diselidiki dari pelbagai aspek. Jika saya sendiri mempunyai anak, dan melihat anak membawa beban buku ke sekolah (berat) , saya suatu ketika dulu juga begitu. Tapi anak-anak pada zaman ini mungkin lebih beruntung, jika dikurangkan beban tersebut, ditukar dengan laptop mereka akan dapat belajar dengan selesa, itupun, segala kandungan di dalam buku teks, dielektronikkan, dimuatkan ke dalam laptop khusus tersebut, jadilah ia laptop e-book edisi pertama di Malaysia, lebih tepat di negeri Terengganu. Bukankah ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran ? Jauh di dalam hati kecil saya, sebenarnya ini bukanlah satu-satunya penyelesaian.
Melihat dari sudut positif, nanti akan ada individu-individu yang akan dilantik bagi menjadi pengajar kepada anak-anak ini nanti, bagaimana menggunakan laptop. Bermaksud peluang pekerjaan akan tersedia. Anak-anak dapat mengenali teknologi komputer, laptop, dan dapat pendedahan awal ke atas pengoperasian komputer riba. Di samping itu juga, anak-anak akan mula mempelajari aplikasi PDF, untuk membaca e-buku teks di dalam komputer riba masing-masing.
Melihat dari sudut negatif pula, bagaimana dengan keselamatan anak-anak, keselamatan 'e-buku teks' mereka, bagaimana dengan penyelenggaraan, bagaimana dengan itu dan bagaimana dengan ini. Saya amat-amat berharap, amat berharap bahawa kesemua persoalan ini termaktub, atau diperjelaskan dengan terperinci di dalam kertas kerja program laptop untuk anak-anak Terengganu ini. Jika benar ada, Alhamdulillah, tapi jika tidak, saya hanya boleh mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak, mendoakan yang terbaik kepada mereka.
Pun begitu, program sebegini seakan-akan program yang telahpun berjalan di serata dunia iaitu program One Laptop Per Child atau ringkasnya OLPC. Baru-baru ini saya ada mengikuti program FOSS.my di Bukit Jalil, ada wakil dari Australia yang membincangkan mengenai OLPC. OLPC adalah satu program di mana, individu, organisasi, komuniti yang berada menyumbang dana kepada organisasi OLPC, di mana dana ini ditukar kepada satu komputer riba khusus (bukan 'e-buku teks') dan akan diberikan kepada anak-anak yang miskin (negara-negara miskin di seluruh dunia, Malaysia ? termasuk ?). Komputer riba tersebut dilabelkan XO adalah komputer berkuasa rendah, lasak, dan dicipta khusus untuk pembelajaran kolaboratif, pembelajaran kendiri. Amat menarik jika sama-sama membaca visi dan misi di laman web rasmi OLPC tersebut, atau mungkin juga di sini Mungkin, kerajaan negeri Terengganu, menghantar wakil-wakilnya untuk sama-sama mempelajari asas program tersebut yang mungkin boleh diguna pakai, atau mengadakan satu pakatan dengan organisasi tersebut bagi menyediakan komputer tersebut kepada anak-anak miskin di Terengganu, malah mungkin juga di seluruh Malaysia, pun begitu, mestilah ada badan-badan atau agensi-agensi yang bersedia untuk menyumbang dari aspek modal, latihan dan sebagainya.
0 Comments
Post a Comment