Salam diskusi, kali ini, saya berkesempatan untuk menulis mengenai 2 istilah baru (bagi saya ia masih baru dan fresh) . Saya ada membaca mengenai istilah Cloud Computing di TechRepublic, dan ZDNet Asia (inilah sumber bacaan atas talian yang selalu saya kunjungi selain ReadWriteWeb). Tapi Surface Computing? bagi saya masih baru, dan ia disebut-sebut oleh rakan baik saya, En. Ruzman (seorang pensyarah yang mempunyai ilmu mendalam di dalam bidang ICT, dan sekarang bertugas di Kolej Matrikulasi Pahang).

Bagi mencari jawapan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Surface Computing, saya pun mencari di wikipedia, dan inilah yang saya perolehi (yang telah saya terjemahkan mengikut fahaman saya)

Teknologi GUI (Graphical User Interfaces) yang baru yang dibina khusus, di mana ia bakal menggantikan kaedah interaksi GUI yang lama. Kita sedia maklum, untuk berinteraksi dengan komputer, kita memerlukan mouse sebagai penunjuk dan peranti untuk memilih (point-and-click) dan juga keyboard yang digunakan sebagai alat menaip, memasukkan data dan sebagainya. Surface Computing akan menolak kaedah konvensional ini, sebaliknya kesemua interaksi berlaku di atas sebuah skrin sesentuh, dengan si pelaku menggunakan tangan untuk menggerak, membuka, memanipulasi objek di skrin tersebut. Wah hebat! betul, jadi cuba kita lihat contoh di bawah :




dan di bawah ini pula, yes Surface Computing yang terdapat juga pada sistem Linux iaitu Linux MPX :


Jadi apa pula Cloud Computing ? Ia lebih kepada perkhidmatan yang ditawarkan di internet, atau lebih sesuai kalau saya katakan, perkhidmatan internet di dalam era transisi web2.0 ke web3.0. Tajuk ini saya agak terbiasa membaca di mana-mana forum, dan blog teknikal. Ia memperihalkan bagaimana pada masa kini, telah disediakan kemudahan aplikasi internet tanpa perlu membeli perkakas dan perisian, juga Cloud Computing ini ditadbir dengan mudah melalui istilah SaaS (software as a service) dan PaaS (platform as a service). Ada juga yang mengaitkan Cloud Computing = Grid Computing. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cloud Computing silalah rujuk laman web wikipedia.

dan yes another video explaining on the discuss term :


Terima Kasih, jika ada sebarang pandangan, silakan ..