Salam, kali ini, saya ingin membincangkan mengenai teori instructional design yang melibatkan teori-teori behaviorisme, kognitivis dan konstruktivis . Jika ingin mencari definisi, konsep dan pelopor bagi teori-teori berkenaan, silakan 'google' dan seterusnya baca, fahami serta mengulas apa yang diperolehi, janganlah terus membaca, lalu (terbudaya dengan aktiviti lampau) dengan segera 'cut and paste' , satu istilah yang sering kita dengar, dan tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar di peringkat rendah, menengah, mahupun di peringkat universiti sendiri.
Di bawah adalah slaid persembahan powerpoint yang diperolehi dari slideshare.net dengan carian Instructional Design
Teori Kognitivis - (saya menghuraikan teori ini terlebih dahulu kerana, saya minat teori ini lebih dari yang lainnya) minda bagaikan komputer, data diterima (melalui pancaindera) , diproses dan menjurus kepada penghasilan maklumat.
David P Ausubel dengan Advanced Organizer - (Model Pemprosesan Maklumat) bagi saya adalah contoh pendekatan pembelajaran secara deduktif, iaitu dari sesuatu yang umum akan diperincikan pada bahagian akhirnya melalui contoh-contoh yang pelbagai. Advanced organizer mementingkan pengetahuan individu mengenai konsep asas terlebih dahulu sebelum mana-mana bahan baru (pengukuhan terhadap konsep) dapat memberikan makna dan mengekalkan ilmu yang telah dipelajari. Ini membantu individu untuk menerima bahan baru di dalam skema pengetahuan yang tersedia.
Penggunaan teori ini di dalam koswer ditunjukkan dalam bentuk aktiviti yang melibatkan kaedah seperti drag & drop (praktis) , aplikasi simulasi, demonstrasi di mana pelaku menekan butang, memasukkan nilai atau apa-apa kaedah interaktif yang akan menyebabkan berlakunya sesuatu proses sebab-akibat, hasil dari interaksi tadi, dan ini akan mendorong berlakunya pemprosesan di dalam skema pengetahuan sedia ada dengan apa yang ditunjukkan.
Teori Behavior - (S-R)
Apa itu S-R, formula? notasi matematik, bukan, ia sekadar merujuk kepada stimulus - response . Tingkahlaku yang boleh dijelaskan tanpa perlunya perkaitan apa yang berlaku di dalam mental seseorang individu.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Tn Hj Nazri di dalam kuliah ID (Sabtu 3-6 ptg) , dengan berbekalkan contoh situasi (umum) , anjing dan loceng (Pavlov's experiment) dan juga perkaitan dengan koswer atau istilah PBK (Perisian Berasaskan Komputer) , apabila individu berinteraksi, memberikan jawapan kepada pilihan soalan, PBK akan memberikan maklumbalas kepada jawapan tersebut.
.. dan tidak terhad kepada koswer sahaja, kaedah ini juga diterapkan di dalam penggunaan aplikasi web dalam dunia pengkomputan internet, sebagai contohnya, apabila new post saya ini dilancarkan saya akan dapat melihat sebuah skrin, "Your post has been successfully published" dan disertakan 2 opsyen pilihan, open blog (in a new window) atau edit post.
Teori Konstruktivis - (PBL)
Problem Base Learning , pembelajaran terhasil melalui persekitaran pembelajaran yang aktif (aktif merujuk kepada proses luaran - aktiviti, dan menggalakkan pemprosesan aktif mental dalaman) bagi membina, konstruk tingkat pemahaman dan pengetahuan. Semakin terbina tingkat pemahaman, maka semakin kukuh pengetahuan.
Bagi saya, teori konstruktivis sesuai digunakan atau diterapkan bagi subjek-subjek seperti Matematik, Fizik, di mana ianya melibatkan lebih dari satu proses untuk mendapatkan maklumat baru.. dan sebagaimana teori-teori yang lain, penggunaan teori ini tidak terhad kepada koswer sahaja, malah memang terdapat portal dan web aplikasi yang menerapkan teori ini.
Contoh-contoh (huraian dalam bahasa Inggeris) Teori Pembelajaran

0 Comments
Post a Comment