Oh Yeah ! 

Assalamualaikum (Salam Sejahtera) kepada para pembaca budiman. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia dan izin-Nya jualah, hari ini tanggal 4 Jun 2012 (sebermula selepas Subuh) proses memuat-naik filem pendek (sebenarnya tak pendek dah pun sebab tempoh dah lebih dari masa yang dijangkakan - tak macam Pulang Dulu Y'All 30 minit lebih saja) ke laman YouTube sukses - dengan masalah. Masalahnya adalah video tersebut melangkau masa yang ditetapkan oleh YouTube iaitu 15 minit. Untuk menyelesaikan isu ini, saya hanya perlu mengikut langkah yang disarankan. OK proses memuat naik kedua dilakukan sebelum ke kelas (kuliah). Kebetulan hari ini, di Kolej Matrikulasi Perak, proses pengajaran dan pembelajaran memasuki minggu yang pertama. Saya tinggalkan komputer dan proses muat naik tersebut dan terus ke kuliah dan selepas kuliah ada kelas tutor. Selesai kelas tutor, pulang semula ke SOHO (Small Office Home Office) dan meneliti kemajuan proses muat naik tadi. Alhamdulillah dah selesai dengan isu hakcipta lagu. YouTube dapat mengesan (inipun melalui credit-ending yang mana ada tertera di situ lagu instrumental 'Serenade' - YouTube memaklumkan bahawa lagu tersebut dipegang hakciptanya oleh UMG (saya pun tak pasti, syarikat kah UMG tu). Jadi filem ini tidak akan dapat disaksikan di negara Jerman (Germany). OK fine, saya mungkin tidak mensasarkan viewer dari negara tersebutpun. Ha ha. Sedikit mengenai parameter video yang dimuat-naik ke laman YouTube. Video ini bersaiz (dimensi) 640 x 360p (saiz dipilih daripada tetapan Sony Vegas Platinum HD). Saiz tersebut sesuai untuk video streaming. Saiz video (dalam unit storan) adalah 921MB, dan dengan format .mp4 .


Pembikinan dan Idea "Menjadi Khalifah"

Tajuk filem "Menjadi Khalifah" ini difikirkan apabila saya berada di Alor Star. Setelah filem pendek Pulang Dulu Y'All berjaya masuk panggung, saya memikirkan untuk terus membuat perkara yang sama di Kolej Matrikulasi Perak. Idea datang untuk memaparkan (kali ini) kisah yang lebih berunsurkan dakwah mengenai peri-pentingnya ilmu pengetahuan (berkualiti) yang membawa individu itu mengingat Pencipta (Allah) dan supaya individu dapat "Menjadi Khalifah". Khalifah yang dimaksudkan di dalam filem ini adalah Khalifah yang mengurus tadbir dirinya (individu) itu sendiri - menjadi wakil pada Pencipta (Allah) untuk mengurus tadbir yang lainnya pula (setelah sukses mengurus diri). Ini adalah intipati yang cuba disampaikan. Antara individu awal yang mengetahui perkara (idea) ini adalah Suhail Shukri (komposer bagi filem pendek Pulang Dulu Y'All). 

Casting atau pemilihan pelakon dilakukan seawal Januari 2012. Proses ini dilakukan 2 hari. Walaupun kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar, namun alhamdulillah, sesi pemilihan pelakon berjalan lancar. Di bawah ini adalah poster berkenaan memo untuk sesi casting yang dijalankan.

Poster : Pemilihan Pelakon untuk Membintangi 'Menjadi Khalifah'

Pemilihan Tenaga Produksi "Menjadi Khalifah"

Amat terasa dengan ketiadaan kumpulan teknikal yang dulu menjayakan filem Pulang Dulu Y'All, namun mahu atau tidak, terpaksa mencari bakat-bakat baru yang berminat di dalam memberi sumbangan teknikal bagi filem ini. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan pencarian, saya telah menemui beberapa orang pelajar yang dirasakan boleh membantu di dalam pembikinan filem ini. Mereka adalah :-

Tenaga Produksi SeAm Menjadi Khalifah (2012)

  • Nur Fatinha Osman (bertindak sebagai Penolong Pengarah - banyak membantu dari aspek lojistik dan pengurusan pelakon)
  • Nur Zafirah Azmy, Norsofea Aida Abdul Gani, Samihah Yaakub dan Nurul Fatin Jamaluddin (Jurukamera Amatur - dibantu dan dididik untuk mengambil shot yang baik)
  • Muhamad Yusri Md Saad (Audioman - banyak membantu dalam mengambil posisi baik untuk urusan rakaman bunyi menggunakan mikrofon)

Barisan Pelakon yang Menjayakan Menjadi Khalifah (2012)

Para pelakon telah dipilih berdasarkan, kesudian dan kerelaan mereka untuk meluangkan sedikit masa untuk menjayakan projek filem ini. Mereka yang menjayakan filem ini tidak dijanjikan dengan upah ataupun markah, sebaliknya mereka telah ditanya terlebih dahulu, apakah sanggup untuk meluangkan masa (tidak mengganggu waktu belajar, rehat dan riadah - semua dilakukan bila para pelakon bersedia, tidak ada jadual penggambaran yang tetap - penggambaran lebih fleksibel dan mengikut kesediaan para pelakon dan tenaga produksi - inilah faktor yang menyebabkan mereka bersedia menyumbang tenaga di dalam penghasilan filem ini. Tanpa mereka , filem ini mungkin tidak dapat dijayakan. Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat (para pelakon dan tenaga produksi) - tidak dilupa penampilan istimewa En. Mohamad Tahar Mohd Amirnudin (Pensyarah Matematik) yang turut tampil di dalam salah satu scene di dalam filem ini dan Ustaz Saidi Muhd Ali (membantu di belakang tabir dalam memberi erti 'Khalifah')

Poster : Menjadi Khalifah (2012)
  • Ahmed Amri Zulkafli - Modul II  (Ahmad)
  • Mohd Hilmi Husaini - Modul I (Abu Bakar)
  • Muhammad Hafiz Azmi - Modul III (Omar Hanif)
  • Mohd Hazizi Abd Hamid - Modul II (Osman Hashim)
  • Mohammad Haffiz Zainul Abidin - Modul II (Ali Hamzah)
  • Nornadzirah Wafa Mohd Ali - Modul III (Aishah)
  • Atiqah Shahira Shamsuddin - Modul I (Khadijah)
  • Muhammad Izzuddin Rosli - Modul II (Pensyarah)
  • Nabil Zhafri - Modul I (Penyelia Asrama)

Penggambaran "Menjadi Khalifah"


Penggambaran bermula pada 28 Februari 2012 dan berakhir pada 11 April 2012 (lebih kurang 2 bulan). Penggambaran (kesemua scene) dilakukan di dalam kawasan Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Antara lokasi yang terlibat adalah, Masjid Al-Maghfirah, Anjung Siswa (Bistro), Dewan Kuliah 5, Bilik Belajar Asrama Lelaki, Bilik Solat Asrama Perempuan, Perpustakaan, Bilik Perbincangan - Perpustakaan, taman bersebelahan kediaman Pengarah, Bilik Gerakan Felo, Rumah Tamu Blok D1. Penggambaran filem ini menggunakan peralatan seperti di bawah :-
  • DSLR Nikon D7000
  • Tripod (Tuan Mohd Hailmy Razali - Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah)
  • Mikrofon HTDZ (Condenser Microphone) < RM60 beli dari ebay.com , buatan China :)

Lagu-lagu di dalam "Menjadi Khalifah"


Jika bercakap mengenai pemilihan lagu, penghasilan lagu untuk filem Pulang Dulu Y'All lebih menarik berbanding dengan filem ini. Sudah tentunya, jika produksi dapat menghasilkan sendiri lagu-lagu - itulah yang paling baik. Namun begitu, alhamdulillah, pemilihan lagu untuk filem kali ini dibantu oleh En Shakirin Ahmad Bakary (beliau diamanahkan untuk menyusun atur lagu-lagu terpilih). Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam filem ini diambil dari album Syamil - Journey to Ihsan, Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri, manakala lagu-lagu instrumental lainnya, dimuat-turun dari sumber Internet.

OK Jom Tonton ! :)




Rasanya, sudah cukup maklumat yang dimuatkan di sini sebagai perkongsian untuk semua. Jadi marilah sama-sama saksikan filem Menjadi Khalifah (2012) ini. InshaAllah semoga ia dapat menyampaikan mesej yang baik kepada semua dan segala kekurangan harap dimaafkan. Berjumpa lagi di lain post.