Projek 2013 - Filem Pendek GO - Game On |
Projek 2013
Cetusan Idea < tiba tiba (mencemaskan)
Assalamualaikum, hari ini, dalam waktu tengah hari, tiba tiba datang satu hembusan bayu, meniup lembut dan terus menusuk ke minda yang sedang mempersiapkan diri untuk urusan Boot Camp Comp Science. Terus terhenti seketika urusan kursus pendek tersebut, dan terdetik tajuk Game On atau ringkasnya GO maka jadilah GO - Game On. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, cerita apakah kali ini ? Sebenarnya saya sendiri tak tahu (ha ha ha) , tapi , bertenang, bertenang semuanya (sebenarnya mana boleh nak cerita terus, tak seronoklah kalau macam tu kan).
Ringkasnya mengenai GO - Game On
Kisah ini akan melibatkan empat watak utama, 3 darinya adalah pelajar dan seorang lagi adalah pensyarah. Kisah ini juga tidak ada kaitan langsung dengan Kejohanan Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM). Ia berkisar mengenai 3 orang pelajar program matrikulasi dengan latar pendidikan yang berbeza-beza, namun mereka berkawan baik sewaktu minggu suai-kenal anjuran kolej. Kesemua mereka dianugerahkan dengan bakat untuk memahami sesuatu ilmu dengan pantas dan dapat menterjemahkan dengan cara tersendiri. Oleh kerana bakat tersebut, sikap mereka mulai berubah kepada bongkak dan tidak suka pada kongkongan sistem pendidikan sedia ada. Akhirnya mereka membuat keputusan (suka-suka) untuk mencabar tenaga pengajar yang ada di kolej, bagi menunjukkan betapa hebatnya bakat yang dimiliki mereka. Jadi apakah mereka berjaya dalam cabaran tersebut ? Apakah yang bakal diperolehi seandainya mereka berjaya ? Apakah kesudahan sikap bongkak pelajar-pelajar ini ? Nantikan (inshaAllah) tayangannya pada pertengahan tahun 2013 ini.
Skor Muzik
InshaAllah kali ini akan bekerjasama Suhail Shukri (Pulang Dulu Y'All) untuk menyediakan skor muzik bertemakan pop-indie-rock bagi mewarnai filem pendek ini. Klip video di bawah, adalah contoh tema latar yang (berkemungkinan) akan disesuaikan dengan kisah GO - Game On. Moga terhibur.Promo Poster (Casting)
GO - Game On, promo DVD cover |
0 Comments
Post a Comment